Throwback cerita saya pada tahun 2012
Throwback cerita saya:
Sunday, 11 November 2012
TOTAL FUCKING DESTRUCTION
The CHILD HATER project
Ceritanya bermula
ketika saya sedang sibuk didapor menyiapkan hidangan makan malam sambil
meleyek kentang untuk dibuat begedil.Ketika kentang ketiga yang baru
hendak saya lenyekan,saya mendapat panggilan dari sahabat saya Asharul
Akmal menanyakan siapakah gerangan email sta***other@gmail.com ?dan ketika itu juga beliau memberitahu ada sebuah band dari USA,TOTAL FUCKING DESTRUCTION
meminta beliau mengalihbahasakan perkataan
Nihilism:emptiness,nothingness,nonsense kepada bahasa Melayu untuk
dicetak di t-shirt
Dan kebetulan saya
sedang mendengar lagu band tersebut dari Grind Bastard Compilation vol1(
JAPAN) baru saya sedar orang disebalik band tersebut.Beliau adalah
drummer lagenda dari band BRUTAL TRUTH,Richard Hoak.Dari
situ terjalilah hubungan diplomatik kedua-dua pihak.Richard Hoak telah
memberi kebenaran kepada sahabat saya mencetak dan menjual baju jenama
TFD serta dipromosikan di blog www.selubungkarat.blogspot.com
Tidak lama kemudian
dalam awal bulan January,datang lagi panggilan dari sahabat saya ini
memberitahu TFD memerlukan artwork untuk tiga lagu baru mereka dan
kemungkinan besar akan dikeluarkan dalam bentuk flexi ( macam piring
hitam tapi ianya nipis macam plastik tranparen )disitulah projek ini bermula.
Richard Hoak menginginkan artwork tersebut dalam format hitam dan putih tetapi tidak menyatakan style artwork bagaimana beliau inginkan.Pada bulan February saya mulakan meng “sketch” watak yang mungkin kene dengan band TFD ini.Ketika ini saya berada dikampong halaman saya Parit Jawa,Muar.
Mencari idea untuk melukis agak rumit kalau tidak dengan menghisap ganja.Disebabkan oleh kerana
Kerajaan Malaysia mengharamkan ganja,saya beralih kepada tiup
basikal.Ternyata berbaloi kerana idea tiba-tiba muncul dan terhasilah
sebuah lukisan ala-ala komik Jepon
( lukisan kasar )
Hasil kerja saya
dihantar dan maklum balas dari pihak TFD,mereka amat suka dengan artwork
ini kerana memang kena dengan tema lagu yang bakal mereka keluarkan.EP
tersebut diberi nama CHILD HATER.Mereka juga meminta izin untuk
menggunakan artwork ini untuk dikeluarkan dalam bentuk t-shirt.Gila kau
kalau tidak setuju!setuju ajer!Bulan JUNE adalah tarikh mereka lancarkan
Child Hater flexi dan t-shirt..TOTAL FUCKING DESTRUCTION terbaek!
( design for t-shirt )
( Flexi )
Dan hasilnya..Kepuasan yang tidak terperi kerana dapat bekerjasama dengan band dan orang yang saya sanjung.selama 18 tahun saya di arena bawah tanah ini.- fadzeetussock (f_ajies@yahoo.com)
Comments
Post a Comment